KATA NAMA AM
Kata nama am ialah kata nama yang
digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau
umum.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Nama Am
|
Contoh
|
Ayat Contoh
|
benda
|
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti,
gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
|
1 Almari
itu berpintu dua.
2 Kipas
itu berpusing ligat.
3 Ayah
membeli dua buah komputer baru.
|
haiwan
|
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing,
siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
|
1 Burung itu terbang
tinggi di udara.
2 Pak Jabit membeli dua ekor lembu
jantan.
3 Leher zirafah
itu panjang sekali.
|
manusia
|
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik,
tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
|
1 Wanita itu paling
dikehendaki oleh polis.
2 Adiknya bekerja
sebagai seorang juruhias.
3 Ibunya jarang
menjenguknya di asrama.
|
tempat
|
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam
minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
|
1
Mereka sering berkelah di pantai itu.
2 Orang
ramai berkumpul di balai raya itu.
3 Kita digalakkan menyimpan
wang di bank.
|
·
Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf
kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1 Encik Wong membeli sebuah kereta baru.
·
Kata nama am hanya ditulis
dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada
permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
Contoh:
1 Masjid
itu baru siap dibina.
2 “Ayam
jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Sal man.