Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama.
Dalam bahasa Melayubaku , kata adjektif dikenali sebagai kata sifat juga.
Dalam bahasa Melayu
Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:
Jenis Kata
Adjektif
|
Penerangan
|
Contoh
|
Ayat Contoh
|
sifatan/keadaan
|
Menerangkan
sifat
atau
keadaan
sesuatu
kata
nama/frasa
nama.
|
baik,
berani,
tegas,
bodoh,
rajin,
cerdik
|
1. Pelajar yang malas itu gagal
dalam
ujiannya.
2. Rumah usang itu akan
dirobohkan.
|
warna
|
Menunjukkan
warna sebagai unsur keterangan sesuatu kata nama/frasa nama.
|
merah,
biru, hijau, putih, kuning, kelabu
|
1. Baju merah itu dibelinya di pasar
malam.
2.
sendiri.
|
ukuran
|
Menunjukkan
ukuran sebagai unsur keterangan kata nama/frasa nama.
|
besar,
nipis, labuh, tebal, tinggi, renek, panjang
|
1.
Lelaki kerdil itu berusia empat
puluh tahun.
2.
Rumah besar itu tidak
berpenghuni.
|
bentuk
|
Menerangkan rupa bentuk sesuatu kata
nama/frasa nama.
|
bujur,
bundar, leper, bulat, pipih, lekuk
|
1.
Telur ayam itu kelihatan bujur.
2.
Mata pedang itu lekuk di
bahagian hujungnya.
|
waktu
|
Menunjukkan
maksud masa sebagai unsur keterangan
|
lama, lewat, dahulu, segera, sebentar, suntuk
|
1. Pada zaman dahulu manusia
membuat pakaian daripada daun
dan
kulit-kulit kayu.
2. Datuk sering menceritakan
pengalaman silam beliau kepada
kami.
|
jarak
|
Menunjukkan
maksud jarak atau penerang kepada kata nama/frasa nama.
|
dekat, jauh, nyaris, rapat, jarang, hampir
|
1. Akmal tinggal tidak jauh dari
sini.
2. Kedudukan rumah di kawasan
setinggan itu agak rapat antara
satu dengan yang lain.
|
cara
|
Menunjukkan keadaan atau ragam sebagai unsur
penerang kata nama/frasa nama.
|
cepat, deras, kerap, cuai, gopoh, lincah, kasar
|
1. Kura-kura
itu berjalan lambat.
2. Pantas
sekali kuda itu berlari.
|
perasaan
|
Menunjukkan
maksud perasaan sebagai unsur keterangan kata nama/frasa nama.
|
rindu,
takut, sayang, bimbang, kecewa, jemu, puas
|
1.
Ibu kucing itu amat sayang akan
anaknya.
2.
Kami kecewa dengan
tindakannya itu.
|
pancaindera
|
Menunjukkan
maksud sifat, keadaan atau rasa yang dapat dikesan oleh pancaindera
|
masin, masam, busuk, hapak, manis, harum, merdu
|
1. Bau ikan itu amat hanyir.
2. Manis sekali buah mangga yang
dibeli
oleh ibu itu.
|
·
Kesalahan
umum penggunaan kata adjektif.
1.
Kesalahan menggunakan kata adjektif yang berimbuhan ter sebagai predikat
ayat.
Contoh:
1.a) Pedang itu tertajam. (X)
b)
Pedang itu paling tajam. (√)
2.
Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia
berimbuhan
ter.
Contoh:
1.a) Rumah yang paling terbesar di kampung
itu ialah rumah Tok penghulu. (X)
b)
Rumah yang terbesar di kampung itu ialah rumah Tok penghulu. (√)
3. Kesalahan tidak meletakkan
frasa sendi selepas frasa adjektif apabila diperluas.
Contoh:
1.a) Anak kucing itu sayang ibunya. (X)
b)
Anak kucing itu sayang akan ibunya. (√)
·
Dalam penulisan dan dalam
binaan ayat, kata adjektif boleh disertai kata penguat, sama ada kata penguat
hadapan, kata penguat belakang atau kata penguat bebas.
Contoh:
1. Pelajar yang gemuk sekali itu anak
tuan pengetua.
2. Pinggang gadis itu terlalu ramping.
·
Kata adjektif yang berimbuhan ter tidak
boleh menerima kata penguat kerana imbuhan ter telah sedia membawa maksud
darjah tertinggi atau paling.
Contoh:
1.a) Kereta Ferrari ialah kereta yang termahal
sekali di pasaran dunia. (X)
b)
Kereta Ferrari ialah kereta yang termahal di pasaran dunia. (√)